Cari Blog Ini

Isnin, 28 Mac 2016

SMAJU AGRO VENTURE


merupakan sebuah entiti perniagaan berasaskan kepada pertanian dan penternakan serta mengfokuskan sepenuhnya kepada konsep ternakan secara Akuaponik. SMaju Agro Venture juga merupakan sebuah entiti perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh pegangan Bumiputra. Penglibatan awal kami di dalam dunia pertanian dan penternakan bermula pada awal tahun 2014 dimana kami telah mengikuti kursus ternakan Udang Kara dan juga pengenalan terhadap kaedah akuaponik. Melalui kursus ini ia telah menimbulkan minat yang begitu tinggi untuk menternak habitat ini secara komersial.

Bermula dengan menternak habitat ini secara kecil-kecilan iaitu sebanyak 15 pasang Udang Kara dengan menggunakan sistem ternakan secara urban dan menggunakan kaedah secara akuaponik telah menjadi titik permulaan kepada syarikat untuk terus mengkormesialkan habitat serta sistem akuaponik ini dan sehingga kini syarikat telahpun berjaya membiakkan habitat ini melebihi daripada 8000 ekor. Perkara ini juga telah menjadi titik tolak kepada syarikat untuk mengkormesialkan sistem akuaponik secara urban di pasaran tempatan memandangkan kemampuan teknik ini untuk menternak Udang Kara secara urban.

Berbekalkan sedikit pengalaman serta minat di dalam bidang perniagaan, timbul cetusan idea untuk membangunkan kaedah ternakan akuaponik serta memiliki legasi perniagaan berasaskan pertanian dan penternakan. Memulakan langkah pertama pada suku akhir 2014, kami telah membangunkan sistem ternakan  secara urban dengan berkonsepkan kaedah akuaponik dengan menjadikan Udang Kara sebagai media ternakan. Sistem ini mula berada di pasaran pada penghujung tahun 2014 dan sehingga kini seramai 78 set sistem ternakan telah terjual.

Memulakan perniagaan secara maya dengan menjadikan media sosial sebagai platform, kini SMaju secara rasminya telah ditubuhkan pada 05 November 2015. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan