Cari Blog Ini

Rabu, 30 Mac 2016

BERAPA LAMA PROSES PENGERAMAN TELUR UDANG KARA DAN JUMLAH YANG MAMPU DIHASILKAN?

Melalui pengalaman kami menternak habitat ini dan melalui sumber bacaan yang telah dibuat di internet, kami mendapati tempoh pengeraman udang kara ini diantara 5-6 minggu. Pada kebiasaanya proses pengeraman ini akan melibatkan beberapa fasa.

bagi jumlah telur yang akan dihasilkan bagi setiap ekor Udang Kara betina adalah sangat sukar untuk ditentukan. Jumlah Maksimum yang pernah dicatatkan adalah sebanyak 1500 ekor. melalui pengalaman kami sebagai penternak pula, sebanyak 812 ekor juvelines dapat dihasilkan pada seekor ibu Udang Kara. Namun ada beberapa kajian luar telah dilakukan dan melalui kajian tersebut dapat dirumuskan jumlah juvelines yang dapat dihasilkan adalah berpandukan kepada berat seekor Ibu Udang Kara.


sekiranya diamati melalui hubungan langsung ini, kita dapat mengaitkan berat seekor ibu Udang Kara juga akan mempengaruhi saiz udang tersebut. Dimana semakin berat udang tersebut maka semakin besarlah udang tersebut. Oleh itu semakin besar udang itu maka semakin panjanglah perut ibu udang itu. Memandangkan Ibu Udang Kara akan menyimpang telur atau melakukan proses pengeraman tersebut di bahagian perut maka disinilah dapat dikaitkan diantara jumlah TELUR dengan BERAT udang tersebut.





JUMLAH TELUR YANG DIHASILKAN YANG DIBEZAKAN DENGAN SAIZ IBU UDANG


Namun begitu terdapat masalah utama semasa proses pengeraman telur udang, dimana ibu udang sering membuang telur mereka. Hal ini berlaku disebabkan stress yang melampau yang dihadapi oleh ibu udang.


BAGAIMANA HENDAK MENGATASINYA
HUBUNGI KAMI DI TALIAN 014-8383474

KAMI SEDIA MEMBANTU.

2 ulasan: